Ciri Ikan layar

Sirip layaran Pasifik yang kelihatan

Sirip besar ikan-ikan jenis ini sering direndahkan semasa berenang dan hanya diangkat apabila mahu menyerang mangsa tanpa dikesan daripada riak ayunan terhasil akibat tujahan kepala ikan.[5] Sifat ini turut membolehkan layaran menyerang kawanan mangsa secara senyap tanpa begitu dapat dikesan.[10][11]

Muncung ikan memanjang tirus seakan paruh yang boleh digunakan untuk menetak atau mengelar ikan yang dimangsa.[12]